PELAJAR BOLEH BAWA HANDPHONE KE SEKOLAH 2013
PELAJAR BOLEH BAWA HANDPHONE KE SEKOLAH 2013

Akhirnya, saya berpeluang untuk memberikan pandangan saya. Lately busy sikit. projek banyak pulak time Ramadhan ni.
Isu panas ni. Banyak komen dan pendapat berbeza-beza. Ada yang setuju. Ada yang tak setuju.
Jom baca pendapat peribadi saya. Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Syiling sentiasa ada 2 muka. Ada orang kata muka A betul, ada orang kata muka B betul. Semua orang betul, asalkan dia ada sebab munasabah untuk berfikiran sedimikian.
Kita luaskan pemikiran dahulu. Teknologi pistol. Ada orang kata tak bagus sebab akan mengalakkan orang membunuh. Ada orang kata bagus sebab untuk mempertahanankan diri. Pendapat saya simple je. Kalau orang tu memang berniat negatif, ada pistol atau tidak ada pistol, mesti tindakan dan perbuatan dia negatif. Jadi jangan salahkan pistol.
Kita tengok pula isu yang lebih dekat dengan pelajar sekolah. Contohnya, satu ketika dulu, isu membawa motosikal ke sekolah. Ada ibu bapa kata senang untuk transport budak2. Ada pula kata nanti jadi punca gejala negatif merende lepas kelas dan sebagainya. Sekali lagi, terpulang kepada orang itu. Kalau dia berfikiran negatif, ada motosikal ke tak de ke, masih lagi tindakan dia akan negatif.

Anyway, pasal handphone dan gadget dibenarkan di bawa ke sekolah. Kenapa kita ingin menghalang pelajar menerokai teknologi? cuba kalau handpone dan gadget diharamkan terus di negara ini, macam mana? ok tak? kat opis pun tak boleh pakai. semua syarikat komunikasi tutup. kita hanya berhubung melalui surat dan kepulan asap. Setuju tak? SUDAH PASTI ANDA TIDAK SETUJU. Habis kenapa perlu berfikiran negatif apabila pelajar sekolah dibenarkan bawa? nama pun pelajar, mereka perlulah mempelajari bagaiman teknologi sekarang. Anyway, kalau tak bagi pun, ada yang bawa.
Dibenarkan bawa, tidak semestinya bawa. So parents must take control.
Ibubapa bertanggungjawab memastikan tidak disalahguna.
("Ini yang nak marah ni. Kenapa pula ibubapa yang kena bertanggungjawab?" Dah nama pun ibubapa, tugas kenalah jaga anak. Kalau tak nak jaga anak, janganlah jadi ibubapa. sekianterimakasih.)
Saya berpendapat perlu juga wujud kawalan dari pihak berwajib. Sebagai contoh, garis panduan perkara-perkara berikut perlu disediakan;
i) Jenis handphone/gadget yang dibenarkan. (eq. handphone tanpa kamera)
ii) Nilai handphone/gadget yang dibenarkan (eq. jangan terlalu mahal, takut kecurian)
iii) Masa dan bila pelaajar boleh menggunakannya. (eq. sudah pasti semasa kelas edang berjalan, panggilan, sms ataupun online tidak dibenarkan.)
So terpulang kepada ibubapa untuk membuat keputusan samada, nak anak mengikuti perkembangan teknologi terkini atau ibubapa mahu tengok anak ketinggalan.
That's My Cekadak...

0 comments:
Post a Comment