Rezeki, Takdir dan Kita...





Tidak akan berlaku sesuatu tanpa sebab musabab. Itulah hukum Alam yang Allah SWT telah tetapkan.

Memang betul semuanya datang daripada Allah tetapi Allah menyuruh kita berusaha. Adakah berusaha saja cukup? Tidak. Jenis usaha, tindakan dan keadaan persekitaran kita berusaha itu juga penting... bersambung...


Contoh:
Kak Ton jual nasi lemak. Setiap hari dia jual jumlah yang sama iaitu 20 bungkus dengan harga RM1.50. Sehari Kak Ton dapat RM30. Kak Ton berhasrat untuk mendapatkan pendapatan lebih.

Kes 1
Kak Ton pun terfikir kalau naik harga RM2 sebungkus dapat RM40. Keesokan harinya Kak Ton pun menjual nasi lemak dengan harga RM2. Ramai pelanggan komplen kenapa harga naik. Kak Ton pun bagi lah pelbagai alasan. Semakin hari semakin kurang pelanggan Kak Ton. Maka pendapatan Kak Ton makin lama makin kurang


ATAU


Kes 2
Setelah berfikir panjang, Kak Ton pun berpuas hati dengan pendapatan RM30 setiap hari. "Tak pe lah. Bukan rezeki." "Rezeki takat ni saja."


ATAU


Kes 3
Kak Ton membuat keputusan menambahkan bilangan bungkusan nasi lemak yang dibuatnya setiap hari menjadi 30 bungkus. Pendapatan yang dijangkakan adalah RM45. Tetapi harapan Kak Ton tidak berpanjangan, kerana setiap hari nasi lemaknya tidak habis dijual. Tetap 20 bungkus juga.


ATAU


Kes 4
Kak Ton buat 30 bungkus nasi lemak. Kebetulan Kerajaan ada mendirikan rumah kos rendah yang baru di sekitar kawasan Kak Ton berniaga. Oleh kerana orang ramai bertambah, maka pelanggan Kak Ton pun bertambah. Kini Kak Ton boleh menjual lebih dari 100 bungkus sehari. Kak Ton telah mengajikan 2 orang untuk membantunya.


Kesimpulan:
Allah itu Maha Pemurah. Kalau dengan usaha saja, belum tentu rezeki akan bertambah. Perlu tindakan dan keadaan yang sesuai. Kalau ekonomi negara huru hara, negara tidak aman, negara tidak stabil, orang pun tak mampu nak makan nasi lemak. Kalau keadaan ekonomi tidak stabil, 2 orang pembantu Kak Ton tu pun belum tentu dapat kerja atau tidak.


Sekian. Semoga Bermanfaat.

That's My Cekadak...

0 comments:

Post a Comment