Kita tidak boleh menjadi baik dalam sehari

Kita tidak akan mampu menyapu KLCC bersih dalam masa sehari. Hah???
Perumpamaan kita tidak boleh menjadi baik dalam sehari. Segalanya kena berperingkat-peringkat. Laju atau perlahan terpulang pada kita.
Saya ada kenal seorang ini, kawan belajar dulu. Educated tetapi dia tidak kisah sangat soal agama. Sembahyang tinggal. Puasa ramadhan pun ikut mood. Jauh sekali membaca Al-Quran.
Beliau seorang yang sangat luarbiasa. Saya amat mengagumi beliau.
Kenapa dia luarbiasa? Dia boleh berubah menjadi baik dalam sebulan. Ya Tuan2 dan Puan2... Sebulan. Sebulan tu lah dia terus lancar mengaji dan khatam Al-Quran (siap tajwid ni...). Solat wajib tidak tinggal, dan kebanyakkan waktunya saya lihat dia sembahyang sunat. Jam 3 pagi bangun tahjud (kalau kita sedang mimpi...). Mungkin beliau insaf atau beliau telah mendapat hidayah dari Allah. Syukur alhamdulillah. Bulan-bulan berikutnya nampak sangat beliau berubah. Pakaian pun sunnah. Makan pun sunnah.
Biasanya orang kata perubahan macam ni akan buat hidup kita tidak seimbang. SALAH SAMA SEKALI. Result dan pointer makin elok. Pelajaran ok. Yang saya nampak dia banyak kurangkan benda keduniaan seperti Sukan, gitar dan terutamanya bual kosong dll. Lupa pulak nak bagitau, kalau dulu, dia memang dengan gitar walau kemana. ooppsss... jangan salah anggap. Kadang2 beliau bersukan juga, tetapi tidak hari2 seperti dulu.
Satu hari saya tanya beliau macam mana boleh kuat semangat dan tahan buat semua tu. Beliau cakap, kita tidak akan mampu buat sekali gus. Buat sikit dahulu. Lepas tu tambah, tambah dan tambah. Yang penting beliau kata bukan soal ikhlas, tapi soal kewajipan kita. Kalau kita tidak tunaikan sekarang, bila lagi. nak tunggu mati. Syukurlah dapat kawan macam beliau. Sentiasa mengingatkan kita tentang kebesaran Allah dan alam akhirat. Beliau sudah tidak bual kosong lagi. No more benda melalaikan. Asal jumpa beliau, beliau akan cerita tentang agama. Seronok dapat kawan macam ni. Kawan yang betul2 sayang dan kisah tentang kita. Bukan macam sesetengah orang yang mengaku dia pandai tapi mengajak benda tak elok dan melanggar larangan agama. Kawan tak elok yang memuji dan mengucapkan tahniah kepada kita bila kita makin sesat seperti dia.
Bukannya tujuan saya untuk bangga-banggakan beliau atau menyuruh Tuan2 dan Puan2 menjadikan beliau idola. Ingat tau, idola kita cuma Nabi Muhammad SAW. Hanya saya rasa kita boleh mengambil pengajaran dan tips hidup beliau.
i) Berubah kena sekarang
ii) Biarpun sedikit tapi kena cepat
iii) Kena serius untuk berubah
iv) Sentiasa cuba baiki diri
v) Istiqamah
Saya kongsi kisah benar ini bukannya apa. Sekadar untuk menyangkal pendapat yang kita tidak boleh berubah. Kita boleh berubah, kalau kita mahu. Time tak mahu tu lah alasan akan berguni-guni datang.
Mulakan dengan yang WAJIB dahulu. Kita ambil yang mudah. Solat. Kalau dulu, kita TAK solat LANGSUNG, cuba start solat maghrib. Sehari, dua hari dan seterusnya. Lepas tu, tambah Isyak. Ustazah saya masa sekolah dulu kata 2 waktu yang paling susah nak solat adalah Subuh dan Asar. Subuh sebab almaklumlah, sedang lena dibuai mimpi. Asar pulak Ustazah kata sebab kita sibuk nak bermain. Biasalah time tu budak sekolah. Kalau kerja mungkin time Asar tu lah kita sibuk nak balik dan naik tren dan sebagainya. Bila maghrib dan isyak dah ok, kita try tengok area tempat kerja ada tak tempat nak solat zohor. Kalau ada cantiklah. Kalau takde, kena lah cari sampai jumpa. Kalau takut rakan sepejabat bagi pengaruh negatif, katalah ada hal, tetapi kita pergi solat zohor. Bila zohor dah ok, kita try asar pulak. Sebelum balik atau sebelum naik tren, solat dulu. Last sekali, kita try tidur awal sikit dan bangun subuh. InsyAllah Mesti Boleh.
Kalau tak tahu solat, belajarlah dari orang yang tahu. Kalau malu nak jumpa guru agama, dekati kawan2 yang memang solat tak tinggal. Tanya mereka. Tak payah nak malu. Sepatutnya kita malu dan takut pada Allah. Sesama manusia ni tak payah malu. Saya pasti orang yang awak tanya tu, kalau betul dia solat tak tinggal, lagi suka kalau awak tanya.
Kalau boleh dekati guru2 agama untuk mengaji. At least boleh khatam sekali seumur hidup. Kalau lebih, lagi bagus.
Tak kisah lelaki atau wanita, aurat kena jaga dengan baik.
Imagine lah nanti, anak2 kita mengucap pun tak boleh. Akibat daripada ibubapa yang kononnya "moden". Nak ke macam tu? Na'uzubillahminzalik.
You need to change. The time is NOW.
Ingatlah Benda WAJIB Perlu Dilakukan. Tidak Cukup Dengan Niat Saja.
Wallahua'llam
That's My Cekadak...

0 comments:
Post a Comment