Harga Diri? (Self-Esteem)
Harga Diri? (Self-Esteem)
Alam sebenarnya tidak gemar menggunakan istilah Harga Diri. Harga berkait rapat dengan wang dan beli. "Berapa harga nak beli?" Bagi Alam, biarpun semua wang di dunia ini digunakan, masih tidak cukup untuk membeli diri kita. Jadi, Alam pakai istilah Nilai Kendiri lah ye.
Nilai Kendiri merupakan penilaian kita secara menyeluruh tentang diri kita sendiri. Ada yang positif dan ada yang negatif.
Orang yang mempunyai Nilai Kendiri yang negatif tidak selesa dengan keadaan dirinya dan kurang yakin dengan diri sendiri, sebaliknya orang yang mempunyai Nilai Kendiri yang tinggi, yakin dan bangga dengan diri sendiri dan juga pencapaian yang telah diperolehi.
Bagaimana untuk meningkatkan pandangan diri kita terhadap diri sendiri?
1. Kita mesti yakin kita berkuasa menentukan imej diri kita sendiri. Setiap orang boleh menentukan cara bagaimana dia mahu melihat dirinya sendiri. Oleh itu kita berkuasa mengubah imej diri kita. Kalau sekarang kita melihat diri sebagai seorang yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan, kita mesti mengubah tanggapan anggapan itu. Imej diri kita ada dalam minda kita. Oleh itu kita ada pilihan sama ada mahu mengubahnya atau tidak.
2. Jangan biarkan orang lain menentukan matlamat hidup kita. Ramai orang terperangkap dalam keadaan mereka menilai diri sendiri dengan berpandukan apa orang lain kata.
3. Kenal pasti matlamat hidup kita yang tidak realistik. Salah satu punca kegagalan kita ialah ialah kita membuat matlamat yang di luar keupayaan diri kita untuk mencapainya.
4. Buang sifat bual-diri yang negatif. Kita semua berbual dengan diri sendiri. Perbualan berlaku dalam otak dan hati. Kebanyakan perbualan kita dengan diri sendiri adalah berkenaan analisis diri, iaitu apa kita kata tentang diri sendiri. Untuk menaikkan Nilai Kendiri, kita perlu mengiktiraf keupayaan dan bakat yang ada pada kita.
5. Kukuhkan kekuatan dan keistimewaan diri. Setengah-setengah kelemahan memang tidak dapat kita ubah, sebagai contoh warna kulit dan tinggi tubuh kita. Hakikat ini mesti kita terima, tapi janganlah kita membesar-besarkannya.
6. Lipat gandakan usaha memperbaiki diri. Antara perkara-perkara yang dapat kita lakukan ialah dengan membuat matlamat hidup yang realistik, menambah ilmu pengetahuan, belajar kemahiran baru dan menukar perbualan diri daripada perbualan negatif kepada perbualan positif.
7. Belajar menjalin hubungan positif dengan orang-orang lain. Kajian pakar-pakar psikologi mendapati orang-orang yang mempunyai Nilai Kendiri yang rendah cenderung melakukan perbuatan atau berkata-kata dengan niat merendah-rendahkan orang lain.
Diri Kita Yang Positif,
Hasil Kejayaan Yang Positif,
Kehidupan Yang Positif,
Bermula Dengan Pemikitan yang Positif...
That's My Cekadak...

0 comments:
Post a Comment