STATUS FACEBOOK





Ramai orang komplen, kenapa perlu cakap benda-benda remeh pada status facebook. Meh baca pendapat Alam.


Status facebook sangat bagus kerana ia mengupdatekan kita tentang semua status kawan-kawan kita. Sekarang kat handphone pun boleh terima status update.

Manusia ni pelbagai ragam. Tidak ada satu benda atau seorang pun yang semua orang akan suka. Status facebook pun ada yang tak suka update benda-benda remeh seperti makan lauk apa, sedang buat apa, tengah ada di mana dll. Ada orang tak suka tau perkara-perkara tersebut kerana bagi mereka benda-benda tu private.

Facebook ni jaringan sosial. Kalau zaman dulu, borak kat kedai kopi atau borak kat dorm di hostel sebelum tidur. Kaedah kita bergaul telah ditambah dengan teknologi. Apa topik kita bincang sebelum tidur? perkara remeh juga. Anyway, tak kisah lah update status apa pun, asalkan jangan maki hamun dan mencela orang sudah.

Status update ni bagus kerana info kepada kawan-kawan kita sedang buat apa atau apa kita nak buat. Kita boleh juga tanya soalan, kot dalam ramai-ramai kawan kita, ada yang ada pengalaman tentang sesuatu atau ada jawapan yang kita cari.

Jom buka minda dengan memikirkan kebaikan kita "menghebohkan" benda remeh kat status facebook. contoh status "toilet." Dah tentu kita tau kawan kita takde kat depan komputer. atau status "meeting" lebih lama dia takde depan komputer. perkara nampak remeh, tapi ada kebaikannya.

Macam kat opis sebelum ada facebook. Suri-suri rumah sentiasa berbual tentang plan lauk malam ni atau hujung minggu ni. cuma di facebook, boleh update gambar sekali bila dah buat supaya kawan-kawan kempunan. :)

Anyway, kepada mereka yang kurang gemar membaca status update yang remeh, jangan lah baca. Tidak ada orang yang paksa pun...

That's My Cekadak...

0 comments:

Post a Comment