Ciri-ciri Calon Isteri Solehah
Ciri-ciri Calon Isteri Solehah

Ciri-ciri Calon Isteri Solehah:-
1. Sangat Taat perintah Allah.
2. Solat fardhu cukup 5 waktu. Sentiasa mendoakan kebahagian keluarga di dunia dan akhirat selepas solat.
3. Menutup Aurat dengan SEMPURNA. (bukan hanya bertudung tetapi menutup aurat dengan sempurna)
4. Tahu dan pandai bab Fardhu Ain. Tau perkara-perkara wajib.
5. Pandai mengaji Al-Quran. Setakat Juz Amma pun ok.
6. Berdikari tetapi masih merujuk dan meminta kebenaran suami apabila membuat keputusan yang besar dan penting terutama yang melibatkan keluarga.
7. Paling elok ada kerja. Boleh rasa seronok mencari nafkah tetapi tidak berlagak dengan suami.
8. Pandai memandu sendiri. Senang ke mana-mana kalau ada kecemasan. Tak kisah lah kereta atau motosikal.
9. Tidak perlu terlalu cantik. Asalkan suami berselera bila memandang.
10. Taat arahan suami dan tahu menghormati suami. (asalkan tidak melanggar larangan Agama)
11. Sentiasa jujur dengan suami. Tidak suka putar belit.
12. Sentiasa melayani suami dengan ikhlas dan senyuman.
13. Sentiasa menjaga maruah diri, suami dan keluarga.
14. Serasi. Minat dan kurang minat yang hampir sama dengan suami.
15. Sopan santun dan menghormati orang yang lebih tua terutama mertua.
16. Jenis tak cemburu buta. Cemburu sikit tu ok kerana mengeratkan lagi rasa kasih sayang.
17. Sentiasa sedia untuk bermesyuarah dengan suami berkaitan hal-hal penting.
18. Sanggup menjaga suami ketika suami sakit. (Basuh hadas, mandi, pakai dll)
19. Pandai memasak. Sekurang-kurangnya makanan favourite suami. lain-lain boleh delivery.
20. Tidak membebankan suami dengan permintaan yang bukan-bukan.
21. Sentiasa mendahulukan keluarga daripada orang lain.
22. Terror dalam bab-bab pensurirumahan seperti menjahit membasuh dll supaya boleh mengajar suami dan anak-anak untuk sama-sama melakukannya. Tambah mesra hidup berkeluarga.
23. Pelajaran kena ada supaya senang mendidik anak-anak. Sekurang-kurangnya tahu cara macam mana nak Google maklumat. :)
24. Pandai dan sabar mendidik anak di dalam hal-hal dunia dan hal-hal akhirat.
Ini adalah pendapat peribadi Alam berdasarkan pengalaman dan pengamatan Alam. Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
Wallahua'alam
That's My Cekadak...

1 comments:
Best le kalau dapat isteri macam ni. Tip top.
Post a Comment