Kisah Si Penipu





Semua orang benci penipu. Siapa tak benci penipu? Si penipu pun tak suka penipu...

Kita kena sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan penipu. Menipu ni sebenarnya semua bangsa dan semua agama tak suka tapi ada juga orang yang buat walaupun dia sendiri tak suka ditipu.

Tipu biasa bagi student, suruh buat assignment tapi copy kawan@senior punya. kira menipu lah.

Contoh lain, kalau berkasih. Macam-macam lah ditipu dan menipu. Nak coverline. Tak nak berterus terang takut pasangan pandang lain macam atau jadi tak suka.

"Bila berpasangan kena sentiasa berterus terang dan tunjukkan siapa kita sebenarnya. Kalau dia tak tahu nak menghargai diri kita sebenarnya, dia boleh blah..."

Kalau ikut filem, "Bohong Sunat"


Di opis pun banyak kes tipu. Member opis kaki k*ncing. Bos dan staf yang hanya tau nak coverline mereka saje.

Tak boleh nak kata lumrah dan tak boleh kata memang hidup macam ni. Sebenarnya, di dalam kehidupan, kita boleh hidup berjaya dan bahagia tanpa perlu tipu sedikit pun.

Janganlah risau kalau kita ditipu. Tak perlu sedih dan duka. Tak kemana pun si penipu itu. Pasti lambat laun dia akan terima padah akibatnya. Kita doakan dia dapat kesedaran dan tidak menipu orang lain pula.

Ada yang kes parah tu, kerana selalu sangat menipu dan terlalu percaya sangat dengan tipunya sendiri, si penipu ni yakin yang tipunya tu benar dan bukan tipu. Kadang-kadang ni yang masalahnya, bila nampak sangat orang tu yakin yang dia benar (walaupun dia tipu) orang lain pun akan tertipu.

Kepada si penipu, bertaubatlah. Berbohong adalah antara dosa besar. Boleh memecah belahkan umat, boleh memporak perandakan rumahtangga dan boleh buat orang teraniaya geram dan doa yang tak best untuk awak.

Kalau macam pinnochio senang sikit. Tipu je hidung panjang. so boleh lah tahu dia tipu ke tak...

Apabila kita ditipu tidak perlulah simpan dendam dan geram. Syukur kepada Allah yang kita tidak ditipu lebih teruk lagi daripada itu...

That's My Cekadak...

0 comments:

Post a Comment