Email & SMS

Menjadi kebiasaan zaman sekarang, wajib ada hp dan wajib ada email. Tetapi terdapat risiko besar yang benda-benda canggih ini akan mendatangkan keburukkan.
Sebenarnya apabila kita berkomunikasi dengan orang, lebih baik jangan menggunakan telefon,Sms atau email. Benda-benda ini sebenarnya tidak mengambarkan maksud sebenar perkataan kita kerana ia tidak disertai dengan intonasi, riak wajah dan gaya badan.
Sekiranya anda menjalankan business atau kerja anda sentiasa berhubung dengan orang, lebih baik berjumpa. Minum teh tarik.
Begitu juga dengan Facebook comments dan message. Kadang-kadang kalau baca macam kasar. tapi sebenarnya orang tersebut cuma ingin cepat atau taip apa saja yang ada difikirannya ketika itu. Tambahan pula main shortform-shortform. Orang berkemungkinan akan salah faham.
Alam dah banyak kali merasa masalah ini. Kita mesej lain, orang faham lain. Last-last Alam dah jarang email atau sms perkara yang sensitif.
Kalau benda tu sensitif dan kritkal, lebih baik buat perjumpaan face to face dan bukan face to book. Kurang risiko salah faham...
That's My Cekadak...

0 comments:
Post a Comment