Kaf Ha Wau Ya Nun ( ك ح و ي ن )





Kalau tak tau, itulah namanya K A H W I N.

Bab K.A.H.W.I.N ni luas sangat. Hari ini, Alam nak bebel pasal kahwin secara amnya.

Ada orang kata "umur sesuai kahwin adalah 23-27 untuk lelaki dan 21-25 untuk wanita."

Ada orang kata "kena tunggu sedia sepenuhnya barulah dia nak kawin."

Ada orang kata "kahwin ni bukan perkara main-main, ia soal hati dan perasaan."

Ada orang kata "kahwin perlu dengan orang kita cintai."

Ada orang , umur dah lanjut, memang nak kahwin tetapi belum bertemu jodohnya.

Sebenarnya, kahwin ni tak bergantung kepada umur. Akan tetapi untuk pengetahuan, umur yang sah kahwin dari segi undang-undang di Malaysia adalah 16 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki. Zaman dulu-dulu, orang yang baru baligh pun dah kahwin. Kalau umur 25 tahun tu anak dah berderet-deret.

Orang kata, "dunia dah moden". Manusia moden tak kawin muda-muda? Well, pernyataan yang tu lain kalilah dikupas.

Kahwin ni sesuatu yang suci. Pertemuan dua hati dan dua jiwa yang akan berkongsi kehidupan ini. Berkongsi suka dan duka. Berkongsi susah dan senang.

Banyak sebab kenapa orang kahwin. Ada yang kahwin, sebab nak kahwin anak orang kaya supaya hidup senang lenang. Ada orang kahwin sebab dah gatal sangat. Sebagai jalan untuk mengelakkan maksiat. Ada orang kahwin sebab dia mengimpikan hidup mendapat anak dan berkeluarga. Ada orang kahwin sebab dia rasa hidupnya kosong dan sunyi jadi dia ingin orang menemaninya.

Sebenarnya, apa pun sebab kita kahwin, kita perlulah sentiasa menganggap perkahwinan itu sesuatu yang suci, bersih dan sesuatu yang menyempurnakan iman seperti yang pernah diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW. Apabila jodoh dah sampai, Allah dah tentukan kita kahwin, maka kahwin lah kita.

Topik Jodoh pun panjang kalau nak bebel. Cukuplah disini nak cakap yang Alam ada baca statistik nisbah wanita dengan lelaki di Malaysia buat masa ini. 1 lelaki : 27 wanita. So, setiap jejaka tu boleh ayat sampai 27 aweks? :)

"Bila saya bersedia nak kawin?". Ni antara soalan yang hot tapi susah nak jawab. Perkahwinan adalah penyatuan dua orang insan, dua akal, dua jiwa, dua hati, dua perangai. Penyatuan dua orang insan yang latar belakang berbeza, kawasan lahir berbeza, norma masyarakat berbeza, dua tahap pemikiran berbeza, dua tahap kematangan berbeza, dua emosi berbeza dan macam-macam lagi yang berbeza.

Kita sebenarnya tidak mungkin boleh bersedia 100% untuk berkahwin. Kahwin ni adalah "On The Job Training". Paling utama adalah kesanggupan kita untuk belajar, sanggup bertoleransi, sanggup bersabar, sanggup berkorban dan sanggup menerima apa saja kelebihan dan kekurangan pasangan kita nanti selepas berkahwin.

Betullah yang kata kahwin ni bukan perkara main-main. Akan tetapi ramai yang mempermainkan perkahwinan. Bila suka, kahwin. Bila tak suka, cerai. Mengikut statistik, JAKIM sebanyak 28,035 pasangan ISLAM bercerai pada tahun 2010. Wow!!! Banyaknya. Jemputan kahwin yang Alam dapat pun tak sebanyak tu. Kalau ambil purata, 77 pasangan sehari. Time nak kahwin dulu bukan main lagi, "i love u" lah, itu lah dan inilah. Jumlah kes cerai adalah lebih kurang 25% daripada jumlah yang berkahwin tahun 2010. So maksudnya untuk setiap 4 pasangan yang kahwin, 1 akan berakhir begitu sahaja.

Perkahwinan memang akan wujud pergaduhan, pertengkaran dan juga salah faham. Macam Alam nyatakan tadi, perlu ada toleransi dan sabar. kadang-kadang perlu mengalah. "Mengalah Bukan Bererti Kalah" tapi bertujuan untuk mengelakkan perkara berlarutan sehingga perkara buruk berlaku.

Sebenarnya option cerai ni adalah last and final option. bukan asal gaduh je nak cerai. asal salah faham je nak cerai. Cerai adalah perkara yang Halal tetapi Allah tak suka. Umpamanya kalau pertengkaran antara dua negara, final option bom nuclear. bukan saja kita, tetapi mereka-mereka disekeliling kita pun akan merasa kesan akibatnya. So, diplomasi, diplomasi dan diplomasi. Kalau diplomasi gagal, diplomasi lagi. Bersusah payah kita mencari pasangan, buat kenduri kahwin, ambik pulak gambar kawin beralbum-album banyaknya, senang-senang nak tamatkan semuanya.

Setiap perkara ada baik dan buruknya, ada indah dan ada tak indahnya. Perkahwinan adalah seruan agama. Perkahwinan pun ada saat indah dan saat kurang indah. Kita perlu tahu sedangkan dua saudara kembar yang kongsi uri, sama sekolah, sama kawan-kawan dan semua sama pun boleh bertengkar, inikan pula dua insan berbeza.

So kalau-kalau baru berhajat nak kawin, atau sedang proses nak kahwin, atau dah berkahwin, Buatlah perkara berikut;

i) sanggup untuk belajar,
ii) sanggup bertoleransi,
iii) sanggup bersabar,
iv) sanggup berkorban
v) sanggup menerima apa saja kelebihan dan kekurangan pasangan kita

Alam doakan yang perkahwinan anda adalah termasuk yang 75% pasangan bahagia ke akhir hayat. Amin.

That's My Cekadak...

1 comments:

Anonymous said...

saya setuju. Kalau asyik nak gadus je, baik toksah kawin... :)

Post a Comment