Ibu & Bapa



Ibu Bapa kita adalah antara insan PALING PENTING dalam hidup kita.

Ada yang pernah beritahu dengan Alam, "Saya benci ibubapa saya, mereka sentiasa marah dan tak paham saya".

Pepatah melayu pernah mengatakan, "Orang tua lebih dulu makan garam". Alam setuju dan tak setuju.

Begini ceritanya. Ada keadaan di mana masa kita muda, apa saja yang dilakukan dan kehendak ibubapa kita itu seperti menyusahkan dan tak menyokong apa kita nak. Percayalah, kebanyakkan ibubapa memang memikirkan yang terbaik untuk anak-anak mereka tapi setakat termampu. Bukan maksud Alam mereka tak pandai. Tidak sama sekali. Ibubapa sangat pandai sehinggakan boleh membesarkan kita daripada insan yang tak guna kepada insan berguna. Cuma kadang-kadang, fikiran mereka sudah menjurus ke satu sudut kecil dan fikiran kita pun sudah menjurus ke sudut kecil lain. Jadi hasilnya, pendapat dan perasaan yang berbeza arah dan kemahuan yang berbeza. Akan tetapi yakinlah yang mereka percaya pendapat mereka lah yang terbaik dan paling baik untuk kita.

Alam seringkali jumpa keluarga yang anak tak ngam dengan ibubapa. Terutama remaja. Ada yang sampai merendah-rendahkan ibubapa. Yakinlah, ibubapa kita hebat dan pandai. Mereka boleh bagi kita makan,pakai, menyekolahkan kita. Untuk apa semua ini? Untuk kita mengatakan mereka tidak pandai sedangkan kita lagi tidak pandai dari mereka.

Walau apapun, seorang anak perlu hormat dan mengikut kehendak ibubapa selagi ia tidak melanggar peraturan Agama. Apabila sudah berkahwin, seorang wanita ikutlah kata suami. tapi perlu cari suami yang mampu menghormati dan menyayangi ibubapa kita seperti ibubapanya sendiri selari dengan seruan agama.

UNTUNGLAH MEREKA YANG MASIH ADA IBUBAPA DAN BERPELUANG BERBAKTI KEPADA MEREKA. JANGAN PULA MENYESAL BILA MEREKA SUDAH TIADA.

That's My Cekadak...

0 comments:

Post a Comment