Gunakan Kad Kredit dengan BIJAK





Kad Kredit yang dulunya menjadi simbol status golongan kaya kini menjadi simbol status orang BERHUTANG!!!

Bagaimana kita mengawal kad kredit dan bukan kad kredit mengawal kita???

Kalau dahulunya untuk mendapatkan kad kredit, gaji kasar seseorang perlu sekitar RM3k. Sekarang RM1.5k termasuk pendapatan tidak tetap pun boleh apply.

APA FAEDAHNYA???
Kita boleh berhutang jangka PENDEK.

APA KEKURANGANNYA???
Hutang kita boleh berubah jadi jangka PANJANG dan berada diluar kawalan.

Tahniah. Anda telah ada kad kredit. Anda telah tergolong dalam golongan masyarakat moden yang dikelilingi hutang. Trend masa kini adalah untuk berhutang selagi boleh. Kalau loan dah bayar banyak, buat lagi overlap. Biar nampak loaded asalkan makan mi segera.

Jangan salah faham. Alam tidak kata salah ada kad kredit. Banyak kelebihannya dan sangat berguna tetapi janganlah sampai kita biarkan keburukkannya melebihi kebaikkannya.


Apa yang bagus kalau guna kad kredit?

- boleh kumpul point.

- boleh isi minyak dengan pantas tanpa perlu berjalan ke kaunter.

- boleh beli barang tanpa perlu pakai wang tunai

- boleh digunakan untuk kecemasan ketika kita tidak sempat ke bank atau atm untuk "cucuk" duit.

- dll.


Yang penting di sini adalah KAWALAN. bagaimana kita mengawal kegunaannya???

1) JANGAN menggunakan lebih daripada wang yang kita ada dibank untuk membayarnya.

2) JANGAN membeli barang yang tidak kritikal.

3) Pastikan Semua baki hutang disettlekan pada hari gaji.

4) Walaupun maksimum tinggi, janganlah guna sampai maksimum. maksimum tu biasanya 3 kali gaji kita. Kalau dah maksimum, maksudnya hari gaji kita tidak dapat settlekan sepenuhnya juga dan hutang akan tambah naik kerana interest tinggi.


So kuncinya disini,

- GUNAKAN kad kredit ketika kecemasan yang betul-betul kecemasan. (contoh: beli handphone baru bukan kecemasan}

- BOLEH digunakan untuk perbelanjaan terancang. Maksud terancang disini adalah, kita mempunyai cash di dalam bank yang boleh digunakan untuk melangsaikan hutang dengan SEKALI bayaran sahaja. Tidak perlu tunggu gaji.

- JANGAN sesekali gunakan cash advance melalui kad kredit kerana interest ratenya sangat tinggi iaitu 15% PA berbanding 4% kalau personal loan.

- JANGAN menggunakan lebih daripada 1/3 gaji BERSIH kita setiap bulan sekiranya kita tidak ada simpanan lain di bank.

- JANGAN guna sehingga jumlah maksimum. Risiko untuk hilang kawalan adalah tinggi.

- JANGAN mempunyai lebih dari dua kredit kad. Paling elok satu. Senang dikawal.

Sebenarnya jika kita menggunakan kad kredit dengan betul, ia sangat baik. Banyak membantu ketika diperlukan.

Selamat Berhutang...

That's My Cekadak...

1 comments:

Anonymous said...

Tips yang berfaedah. Saya akan menggunakannya.

Post a Comment