CINTA? Bercinta?



CINTA? Bercinta?

Semua manusia tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda memerlukan CINTA.

Cinta banyak kategori. Cintakan Binatang Peliharaan, Cintakan Ibubapa, CIntakan Tuhan dan bermacam-macam lagi jenis cinta.

Kali ini, saya menulis tentang cintakan seseorang. Sememangnya NORMAL untuk dilamun cinta.

Tidak salah sekiranya kita menyintai seseorang. TAPI ada syarat-syaratnya. Kalau masih bersekolah, belajar dan bawah umur, jangan lah kita kalut nak bercinta. Kalau nak serius bercinta pun, tunggu lah kita dah berdikari dan kita dah "bagi makan diri sendiri". Kalau masih nak harap duit mak bapak, tak payah lah membazirkan waktu dengan bercinta. Mak Bapak tanggung kita sebab nak kita berjaya dalam hidup dalam erti kata lain belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

CINTA. sesuatu perasaan yang boleh membuatkan kita menjadi KUAT atau menjadi LEMAH.

Orang kata "Cinta Perlukan Pengorbanan".
Alam Kata "Tapi janganlah sampai diri sendiri atau Maruah Terkorban".

Cinta pada seseorang boleh buat kita kelihatan seperti orang gila. senyum dan ketawa sorang-sorang dan kuat berangan.

Janganlah Bercinta Sekadar Untuk Bercinta. Bercintalah dengan tujuan untuk bernikah kahwin dan bukan untuk kahwin tapi tak nikah.

Well, to me, cintakan seseorang itu adalah perasaan yang sangat murni. Sesuci embun pagi...

Realitinya, Cinta tidak semestinya Indah. Cinta memang tidak sentiasa indah. Pasti ada pergeseran antara pasangan. Dua manusia berbeza cuba untuk berkongsi kehidupan yang satu, memang sukar. namun kesukaran boleh diatasi sekiranya kedua-dua pasangan sanggup memaafkan dan meminta maaf.

Single is Simple. Double is Trouble.

That's My Cekadak...

0 comments:

Post a Comment